Menopaus adalah peralihan kitaran haid wanita. Ia dijamin 12 bulan selepas tamat tempoh terakhir. Simptom menopaus termasuk hot flashes, penambahan berat badan, sakit kepala, faraj yang kering, perubahan mood, dan ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian. Ini berlaku apabila tahap estrogen dan hormon utama wanita mula jatuh dan ia mengganggu corak kitaran hormon lain. Metabolisme, ketumpatan tulang dan paras kolesterol anda boleh juga terjejas. Suplemen mungkin diperlukan oleh wanita yang mengalami masalah ini. 

 

Tapi ada juga beberapa cara yang semula jadi yang boleh digunakan untuk menangani gejala menopaus.

 

1.   Makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran: Buah-buahan dan sayuran kaya dengan vitamin, mineral, serat, dan antioksidan. Sayuran berdaun seperti kubis, kangkung, brokoli, bok choy, dan pucuk Brussels boleh bantu dalam penurunan tahap estrogen. Buah beri seperti strawberi dan beri biru boleh membantu dalam pengurangan tekanan darah. Jadi, tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar ke dalam hidangan harian anda.

2.  Makan makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D: Ketidakstabilan hormon boleh menyebabkan tulang lemah. Meningkatkan pengambilan kalsium dan vitamin D, adalah penting untuk mengurangkan risiko osteoporosis. Yogurt, susu, keju, sayur-sayuran hijau, tauhu dan kekacang semuanya adalah pilihan yang baik.

3.  Ambil makanan yang tinggi dalam fitoestrogen: Fitoestrogen ialah bahan kimia semulajadi dalam tumbuhan yang mempunyai kesan yang sama seperti estrogen. Jadi hormon juga akan seimbang. Kacang soya, tauhu, biji bijian dan kacang mengandungi fitoestrogen yang tinggi.

4. Mengambil makanan yang kaya dengan protein: Pengambilan makanan yang kaya dengan protein boleh bantu cegah kehilangan jisim otot yang berlaku dalam peningkatan usia. Makanan yang kaya dengan protein membuatkan anda lebih kenyang lebih lama dan membolehkan anda untuk mengambil jumlah kalori yang lebih setiap hari. Protein boleh ditemui dalam kacang, biji, badam, soya, telur, ayam, dan ikan. 

5. Minum banyak air: Dehidrasi adalah simptom menopaus yang kerap berlaku pada wanita yang disebabkan penurunan tahap estrogen. Minum 2-3 liter air akan bantu menghidrasi kan badan serta masalah kembung perut yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon.

6. Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat: Diet yang tinggi dengan gula dan karbohidrat menyebabkan kenaikan dan penurunan paras gula darah yang cepat. Ia boleh menyebabkan kemurungan pada wanita yang mengalami menopaus, serta membawa kesan ke atas kesihatan tulang dan tahap kolesterol mereka.

7.  Sertakan lemak baik dalam pemakanan : Asid lemak omega-3 boleh bantu mengurangkan kekerapan hot flashes dan masalah berpeluh malam. Makan segenggam buah-buahan kering, kacang, dan biji, yang kaya dengan mikronutrien seperti vitamin A, E, B, zink, magnesium, kalsium, zat besi dan kalium setiap hari.

 

Menopaus dikaitkan dengan pelbagai penyakit atau peningkatan risiko penyakit kardiovaskular. Diet makanan keseluruhan boleh membantu mengurangkan kesan hormon. Tetapi perlu diingat bahawa tiada diet yang benar-benar sihat  kalau kita tak aktif. Jangan lupa untuk luangkan masa untuk kekal cergas juga.