Di usia emas ini, memang penting untuk mengekalkan kesihatan tulang. Macam mana nak buat tu? Mestilah dengan pemakanan serta diet yang kaya dengan sayuran dan buah-buahan. Selain itu, nutrien yang paling penting untuk kekuatan tulang iaitu kalsium mestilah diambil setiap hari terutama sekali bagi golongan senior. Oleh itu, jom kita tengok beberapa resipi yang kaya dengan kalsium! Anda boleh cuba try sebab gerenti sedap dan sihat!

  1. Pasta Carbonara Kacang Pis & Bayam

Ini merupakan antara resipi paling sihat untuk para penggemar pasta. Untuk resipi ini, telur adalah bahan utama bagi menghasilkan sos karbonara yang creamy dan berlemak. Bahan-bahannya adalah:


  • 1 setengah sudu makan minyak zaitun
  • Setengah cawan breadcrumb (gandum penuh adalah lebih baik)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 8 sudu makan keju parmesan (diparut)
  • 3 sudu makan parsley (dicincang)
  • 3 biji telur kuning
  • 1 telur
  • Setengah sudu teh lada
  • 1/4 sudu teh garam
  • Sepaket pasta
  • Bayam
  • 1 cawan kacang pis

Pertama, panaskan pot masakan yang dah diisi air dan masukkan pasta bila air dah menggelegak. Kemudian, tumiskan bawang putih dengan breadcrumbs tadi pada kadar medium heat. Tumis dalam masa dua minit. Dah siap, masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan sedikit keju parmesan dan parsley.

Seterusnya, kacau lebihan keju parmesan, telur kuning, telur, lada dan garam dalam mangkuk yang berlainan. Masukkan ke dalam pan dan kacau sehingga masak. Setelah itu, masukkan pasta yang dah lembut dan kacau lagi. Setelah beberapa minit, masukkan pula bayam serta kacang pis dan kacau sehingga sebati. Akhir sekali, taburkan campuran breadcrumbs dan bawang putih ke dalam masakan. Siap!

  1. Pineapple Green Smoothie

Jom kita beralih pula ke minuman sihat! Bahan-bahannya adalah:

  • 1/2 cawan susu almond (unsweetened)
  • 1/2 cawan yogurt (non-fat)
  • 1 cawan bayam
  • 1 cawan pisang (dihiris & frozen)
  • 1/2 cawan nenas (dihiris & frozen)
  • 1 sudu makan chia seeds
  • 2 sudu makan maple syrup/ madu

Memang mudah sangat nak buat. Hanya campurkan semua bahan ini ke dalam blender dan kisarkan sampai halus. Lepas tu, anda boleh nikmati sambil tengok tv!

Sumber gambar silk.com
  1. Cinamon Roll Overnight Oat

Resipi ini hanya memerlukan beberapa minit sahaja nak buat dan boleh makan pada bila-bila masa. Bahan-bahan adalah seperti berikut:

  • 2 1/2 cawan oat
  • 2 1/2 cawan susu non-diary (unsweetened)
  • 8 sudu teh gula perang
  • 2 1/2 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 1/4 sudu teh cinnamon
  • 1/2 sudu teh garam

Bukan setakat beberapa minit je, tapi memang langkahnya pun mudah sangat. Anda hanya perlu kacau oat, susu, gula perang, ekstrak vanila, cinnamon dan garam dalam mangkuk. Kemudian, anda asingkan dalam beberapa gelas/ jar mengikut pilihan anda. Lepastu, biarkan di dalam peti ais semalaman. Siap!

Jadi, sebenarnya memang senang sangat untuk amalkan pemakanan yang sihat dan berkalsium tinggi untuk warga emas. Barulah tulang akan jadi lebih kuat! Selamat mencuba!