Anda tertanya-tanya apakah senaman terbaik untuk warga senior kerana tenaga tidak lagi sekuat dulu? Nak kembali ke rutin hidup yang aktif memang susah bila dah lama kita tinggalkan dan ada juga senaman yang dulu kita selalu buat tapi sekarang dah tak sesuai lagi disebabkan faktor umur. Betul tak? Tapi itu bukan alasan untuk anda tidak meneruskan gaya hidup aktif ya! Jom praktis senaman yang simple dan mudah ini supaya anda kekal cergas dan sihat!
Kerusi Yoga
Dengar macam senang kan? Memang senang pun. Ini adalah senaman yoga yang simple sebab ia berimpak rendah tetapo boleh memperbaiki kekuatan otot, fleksibiliti, keseimbangan dan mobiliti. Ini semua aspek yang penting untuk anda ya. Ketegangan yang dirasai di sendi, otot dan tulang anda hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan teknik senaman yoga yang lain. Kalau anda nak tahu, senaman ini juga telah terbukti meningkatkan kualiti tidur serta kesihatan mental. Antara teknik Kerusi Yoga yang anda boleh lakukan adalah overhead stretch, seated cow stretch, seated twist, seated cat stretch dan mountain pose.
Senaman Imbangan
Jatuh boleh menyebabkan kecederaan yang serius serta boleh membawa maut terutama dalam kalangan para senior. Untuk mengelakkan risiko jatuh dan lebih yakin, anda boleh lakukan senaman imbangan yang boleh meningkatkan tahap kekuatan anda. Cara paling terbaik adalah bermula dengan senaman yang paling mudah. Ini akan membuatkan anda rasa terbiasa apabila anda mula melakukan jenis senaman yang lain nanti. Mulakan dengan senaman Flamingo Stand. Pertama, anda perlu berdiri tegak dan rileks. Anda juga boleh memegang kerusi atau apa-apa bantuan jika perlu. Kemudian, bengkokkan sebelah lutut dan angkat kaki sedikit untuk imbangkan badan anda dengan kaki sebelah. Tahan selama 10 saat dan ulangi dengan kaki sebelah pula. Memang mudah tapi manfaat sangat banyak. Anda juga boleh mencuba back leg raises, single limb stance with arm dan clock reach.
Jalan kaki
Berjalan kaki merupakan salah satu bentuk senaman yang mudah untuk dilakukan setiap hari. Namun begitu, berjalan kaki mungkin boleh menjadi sangat mencabar terhadap sesetengah golongan senior bergantung kepada keadaan semasa mereka.
Memandangkan senaman ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja, lakukan senaman ini mengikut stamina dan keupayaan anda. Anda digalakkan untuk berjalan sebanyak 2,000 ke 9,000 tapak (5-6 km) setiap hari untuk hidup yang lebih sihat. Jadikan amalan berjalan kaki lebih menyeronokkan dengan mengajak orang yang tersayang. Jika anda nak tahu, berjalan kaki boleh menguatkan otot, mengurangkan risiko penyakit jantung.
Bersenam Guna Resistance Band
Resistance bands adalah alat senaman getah yang boleh diregangkan untuk memberi lebih ketahanan dan mengurangkan tekanan kepada badan anda. Senaman ini memang popular dalam kalangan senior kerana ia sangat sesuai dilakukan di rumah dan resistance band ni pun senang nak beli. Antara senaman yang anda boleh buat menggunakan band ini adalah bicep curl, triceps press, band pull apart dan leg press. Senaman yang mudah ini memang best sebab ia boleh menguatkan ketahanan anda, menambahbaik postur badan, keseimbangan serta mobiliti.
Senaman Berat Badan
Warga senior cenderung untuk mengalami kehilangan otot dan memang merugikan. Kehilangan otot boleh menyebabkan masalah hormon seperti mengurangkan keupayaan memetabolismekan protein. Untuk melawan kesan kehilangan otot, anda boleh lakukan latihan senaman berat badan secara menyeluruh yang akan membantu menguatkan semula otot anda. Antara latihan senaman yang anda boleh praktikkan adalah side lying circles, squats to chair, wall pushups, knee lifts dan lying hip bridges.
Bila usia makin meningkat ni, memang penting untuk lakukan senaman dan kekalkan gaya hidup yang sihat. Senaman-senaman di atas tu semua memang senang dan sangat sesuai untuk warga senior yang inginkan gaya hidup aktif. Jom kita pastikan badan kita sihat dan cergas dengan senaman mudah setiap hari!