Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah memberi kesan yang ketara kepada keadaan kesihatan mental masyarakat pada hari ini. Ini boleh dilihat apabila kita sentiasa merasa seakan keseorangan, takut dan risau di musim pandemik ini. 

Stres yang berlebihan boleh memberi kesan buruk terhadap diri kita sebab  ia punca kepada emosi tidak terkawal, terpupuknya simptom mental seperti kegelisahan atau mudah marah, kemurungan, serangan panik dah kesedihan yang melampau. Apabila tertekan, badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Bila badan kita tertekan, hormon kortisol akan dirembeskan dan akan menyebabkan berlakunya penyempitan saluran arteri serta pada masa yang sama terdapat hormon epinefrin yang akan meningkatkan kadar denyutan jantung. Ini sekaligus menjadi penyumbang kepada peningkatan kadar gula dalam darah, kenaikan berat badan, sistem imun yang rendah, masalah pencernaan, dan penyakit jantung.

Kualiti hidup seseorang juga akan terjejas apabila merasa stres yang melampau. Jadi, sebab tulah  pentingnya kita mengurus stres dengan baik agar dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.  Selain tu, penting juga untuk kita seimbangkan gaya pemakanan dan gaya hidup  supaya kita sentiasa berada  dalam keadaan yang sihat mental dan fizikal.  Jangan lupa jugak untuk sentiasa melakukan medical check-up  dan memakan makanan yang sihat. Bukan itu sahaja,  kita juga harus sentiasa aktif melakukan senaman atau aktiviti yang dapat meningkatkan kecerdasan otak supaya ia kekal berfungsi dengan baik walaupun dah masuk usia emas. Kita juga sentiasa perlu melatih diri untuk mengenal pasti punca setiap kali kita rasa stres dan bagaimana nak uruskannya dengan baik. 


Selain mempunyai gaya hidup yang sihat, salah satu cara yang boleh melegakan stres juga adalah pengambilan ubatan herba. Seperti mana yang kita tahu, herba merupakan ubatan semula jadi yang telah lama diamalkan sejak zaman nenek moyang kita dulu. Secara saintifik juga, herba terbukti dapat mengawal serta mengurangkan simptom-simptom kepada masalah kesihatan mental. Antara ubatan herba yang disyorkan oleh para saintis adalah Tongkat Ali. Tongkat Ali mampu membantu meningkatkan tenaga, mengekalkan keseimbangan hormon dan memperbaiki prestasi dalam sukan serta mengurangkan berat badan. Tongkat Ali telah terbukti secara klinikal dapat meningkatkan parameter mood iaitu dengan mengurangkan ketegangan, kemarahan dan kekeliruan. Barulah kurang stres dan ceria selalu!


Justeru, penting untuk kita sentiasa aware dengan  keadaan kesihatan mental diri dan pastikan kita tahu cara yang sesuai untuk mengawal stres. Selain itu, kita juga boleh lakukan perkara-perkara yang kita suka dan berhubung dengan yang tersayang. Jom kurangkan stres dan hidup dengan gembira!