Sepertimana yang kita semua tahu, wabak Covid-19 ni memang dah bagi macam-macam kesan kepada kita bukan saja dari kesihatan tetapi dari segi kewangan, pendidikan dan sebagainya. Lebih merisaukan, data menunjukkan kebanyakan masyarakat yang menjangkiti virus ini berumur 60 tahun keatas di mana 63% dari jumlah pesakit Covid-19 di Malaysia adalah warga senior. Hal ini membimbangkan kerana warga senior adalah golongan berisiko tinggi akibat sistem imun yang sedikit lemah serta komplikasi penyakit yang mereka alami. Kadar jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke dalam ICU dan kadar kes kematian juga kebanyakan terdiri dari warga senior. Sebab tu la pentingnya kita mengambil vaksin! Akan tetapi, ramai juga yang fikir dengan adanya vaksinasi, kita tidak akan dijangkiti wabak ini. Salah tu ya! Vaksin ni samalah macam ubat, ia bantu untuk mengurangkan risiko dan impak jika dijangkiti COVID-19. Vaksin tidak dapat mengelakkan diri kita dari dijangkiti Covid-19 tapi mampu mengurangkan risiko kritikal dan mengelakkan dari dimasukkan ke hospital. Jadi, kita masih perlu berusaha menjaga diri dengan menjaga jarak, ikut SOP yang ditetapkan dan menjaga kebersihan diri. Selain itu, kita juga perlu terus menjaga tahap imuniti badan kita. Hal ini kerana kaedah vaksinasi yang digunakan secara meluas untuk mencegah penyakit-penyakit tertentu juga bergantung kepada tindak balas imuniti adaptif badan kita.
Proses imunisasi akan melatih tubuh kita untuk membuat antibodi khusus untuk melindungi kita daripada penyakit-penyakit berbahaya. Sebab itu ia akan sentiasa mengalami perubahan sepanjang hidup. Jadi, sebab itulah kita harus sentiasa memastikan imunisasi dalam badan kita berada dalam kadar yang optimum. Pengambilan vitamin dan mineral yang tertentu seperti Vitamin C, D dan Zink adalah baik untuk sistem kekebalan tubuh kerana ia menyasarkan pelbagai komponen sistem imun yang berlainan.
Vitamin C merangsang sel-sel darah putih dan menghasilkan kolagen yang diperlukan untuk menstabilkan sel-sel epitelia yang merupakan penghalang antigen utama badan di permukaan kulit. Vitamin D pula membantu sistem imun dengan memodulasi tindak balas imun semula jadi dan adaptif serta juga boleh meningkatkan kesan antimikrob pada makrofaj adan monosit, iaitu sejenis sel darah putih. Vitamin D boleh didapati dari makanan yang kita makan atau boleh dihasilkan apabila permukaan kulit kita terdedah kepada cahaya UV matahari. Kalau anda nak tahu, kekurangan mineral zink biasanya akan menyebabkan kerosakan pada sel-sel epitelium yang merupakan barisan pertama sistem pertahanan imun kita dan boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan salur gastrointestinal dan paru-paru. Mineral zink boleh menyokong daya tahan semulajadi badan kita dan memberi kesan kepada penghalang semula jadi badan kita.
Haa ni ada satu lagi alternatif untuk anda kuatkan sistem imun badan iaitu melalui ekstrak Tongkat Ali. Ya, Tongkat Ali bukan sahaja untuk tenaga dan stamina tetapi memang dah terbukti turut berkesan untuk kuatkan sistem imun badan dan kesihatan secara menyeluruh. Ekstrak Tongkat Ali telah terbukti dapat meningkatkan T-sel, iaitu sel yang berfungsi untuk membunuh bahan berbahaya yang memasuki badan dan mengurangkan risiko untuk kita dapat penyakit atau dijangkiti oleh virus. Anda boleh mengamalkan Tongkat Ali secara konsisten dan lihat hasilnya!
Jadi ianya sangat penting untuk kita menjaga kadar imun dalam badan agar sistem pertahanan badan kita sentiasa berada pada tahap yang optimum untuk kehidupan yang sihat dan bebas penyakit. Lagi-lagi bila di usia emas dan dunia di landa pandemik COVID-19 ni, memang lagilah kita perlu boost imuniti badan. Jom kekal sihat di usia emas!