Penuaan merupakan satu tahap dalam kehidupan yang tidak dapat dielakkan akibat peningkatan usia. Ini bermakna akan wujudnya limitasi terhadap fizikal serta kesihatan badan kita. Kalau anda nak tahu, sakit tumit merupakan salah satu proses penuaan yang sering berlaku dalam kalangan senior di Malaysia. Punca utama dikenali sebagai Plantar Fasciitis iaitu keadaan dimana berlaku peradangan pada tisu serat di bawah tapak kaki. Situasi ini sering dialami oleh mereka yang berusia 40 tahun ke atas disebabkan faktor penuaan. Mungkin sakit tumit ini kelihatan remeh untuk sesetengah individu namun sebenarnya ia boleh mengganggu dan menghalang rutin harian kita. 

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada sakit tumit dalam kalangan warga senior. Pemakaian kasut yang tidak sesuai menyumbang kepada faktor sakit tumit. Kasut yang terlampau nipis atau kasut tinggi boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes, arthritis, dan penyakit neuropatik  yang boleh merosakkan tisu dan saraf sekaligus boleh  memberi impak yang besar terhadap tumit dan kaki. Apabila semakin tua, aliran darah semakin lemah. Ini boleh menyebabkan penyembuhan yang lebih perlahan terhadap kecederaan mikro dan ketegangan. 

Terdapat cara yang mudah diamalkan untuk mengurangkan masalah sakit tumit. Antaranya memilih kasut dan selipar yang diperbuat daripada getah atau “foam” sebagaimana yang terdapat dalam kasut sukan. Mengurangkan berat badan kepada BMI yg ideal dan senaman regangan tisu plantar juga dapat membantu mengurangkan sakit tumit. Pengambilan ekstrak Tongkat Ali juga membantu meningkatkan kekuatan otot melalui kajian klinikal yang dijalankan oleh Hospital Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya. Ini secara tidak langsung dapat membantu penghidap sakit tumit untuk meningkatkan serta memperbaiki kualiti aktiviti senaman pengukuhan dan regangan dengan lebih berkesan. 

Jangan lupa juga untuk terus aktif dan kekal cergas untuk mencapai kesihatan fizikal yang terbaik! Jangan jadikan usia emas sebagai penghalang kepada penuaan yang sihat!