Tidur yang mencukupi penting untuk menentukan sama ada kita akan bertenaga atau tidak pada keesokan harinya. Bukan itu saja, kalau kita tak dapat tidur yang mencukupi, badan kita akan jadi lemau, letih dan boleh jadi  bad mood. Masalah tidur yang berterusan juga boleh meningkatkan risiko terhadap masalah kardiovaskular, diabetes, obesiti, fungsi imun, tekanan darah tinggi, neurodegenerasi dan demensia. Seseorang individu akan turut mengalami gangguan prestasi kognitif, memori, mood, serta gangguan dalam bertindak balas dan membuat keputusan bila  tidur tak cukup dan tak berkualiti.  

Salah satu punca terbesar masalah tidur pada masa kini disebabkan oleh keadaan pandemik yang dihadapi sekarang. Sejak ianya berlaku, masalah tidur merupakan satu situasi keadaan kesihatan yang dihadapi ramai. Ini kerana, kita telah banyak  menghabiskan masa seharian terkurung di dalam rumah. Apabila sudah terbiasa berada di dalam rumah, tidak banyak benda yang kita boleh lakukan dan kadar stres di dalam diri kita juga makin meningkat serta boleh menyebabkan kegelisahan yang melampau. Kedua-dua keadaan ini mengganggu kualiti dan kuantiti tidur. Selain itu, kesan sampingan daripada ubat-ubat yang dimakan untuk merawat penyakit juga boleh menjadi salah satu faktor masalah tidur.

Oleh itu perubatan tradisional boleh digunakan bagi mengurangkan stres, menenangkan kegelisahan dan bantu seimbangkan keadaan di dalam badan kita. Salah satu alternatif tradisional terbaik pastinya dengan mengamalkan ekstrak Tongkat Ali. Ia merupakan inovasi herba yang mampu membantu memperbaiki profil hormon stress dan beberapa keadaan mood fisiologi. Hasil kajian telah membuktikan bahawa ekstrak Tongkat Ali adalah efektif bagi membantu isu tidur yang disebabkan oleh stres dan kegelisahan. Amalkan produk yang mengandungi ekstrak Tongkat Ali secara konsisten dan anda akan mula rasai perbezaannya! Pastinya anda dapat menikmati tidur yang lebih berkualiti.


Untuk kita mencapai kesihatan yang optimum di usia emas, kita perlu memastikan kita tidur dengan cukup.  Tidur yang mencukupi dan berkualiti dapat melindungi kesihatan mental, fizikal, kualiti kehidupan dan keselamatan.