Apabila kita semakin tua, semakin banyak penyakit yang akan dialami seperti diabetes, sakit jantung, darah tinggi, demensia dan osteoarthritis. Ini bermakna kita akan mengambil banyak ubat-ubatan dalam satu masa. 


Semakin banyak ubat yang diambil, semakin tinggi risiko untuk mendapat side effects yang berbahaya terutama sekali bagi warga senior. Keadaan ini boleh mempengaruhi bagaimana ubat diserap, dimetabolisme, atau dihilangkan. Kesan yang sering berlaku adalah kerap pening, kelesuan, kekeliruan mental, masalah tidur, gangguan terhadap selera makan dan dehidrasi.


Penggunaan ubat secara bebas boleh merumitkan dan mempengaruhi interaksi dan keberkesanan ubat preskripsi. Pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga boleh menyebabkan kondisi penyakit yang dialami tidak dapat dirawat sepenuhnya. Hal ini kerana warga senior bertindak balas secara berbeza terhadap ubat berbanding orang muda jadi kena lebih berhati-hati ya. 


Jangan cepat percaya dengan apa yang diberitahu atau dilihat tanpa jaminan dari doktor atau pakar. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk memastikan anda tidak mengambil ubat secara berlebihan adalah dengan memeriksa informasi tentang ubat tersebut sebelum membeli. Pastikan anda dah dapat nasihat dari doktor, tahu fungsi ubat tersebut, tarikh pengisian semula dan tarikh luput sebelum membeli. 


Daripada membeli ubat atau suplemen yang mengandungi bahan kimia yang memudaratkan, adalah lebih baik mengamalkan ubatan tradisional dari tumbuhan yang juga efektif dalam membantu memperbaiki tahap kesihatan dalaman anda.  Kalau anda nak tahu, ekstrak Tongkat Ali mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi untuk membantu menapis dan mengeluarkan segala sisa toksik yang disebabkan oleh ubat-ubatan di dalam badan. Satu kajian telah membuktikan kebolehan ekstrak Tongkat Ali mampu untuk mengurangkan kesan toksik di dalam badan yang berpunca oleh  paracetamol berlebihan. 


Kesimpulannya, kita harus berjaga-jaga dalam pengambilan ubat-ubatan. Jangan sesekali membeli dan memakan ubatan yang diragui kandungannya serta tidak dinasihatkan oleh doktor. Kita perlu sentiasa peka dengan apa yang dimasukkan ke dalam badan kita untuk kesihatan yang baik. Bila di usia emas ni lah kita mesti lebih patuh menjaga kesihatan diri supaya dapat menikmati kualiti hidup yang diidamkan.