Buah pinggang merupakan antara organ yang penting dalam badan manusia. Ia penting bagi membuang sisa toksik yang memudaratkan dari badan dan mengekalkan keseimbangan air, cecair, mineral dan bahan kimia iaitu elektrolit seperti natrium, kalium dan sebagainya. Buah pinggang dapat membersihkan darah dengan mengeluarkan produk sisa yang tidak diperlukan. Hal ini disebabkan makanan yang kita makan mempunyai protein dan ketika protein digunakan oleh badan, ia menghasilkan sisa toksik. Jika toksik ini berkumpul, ia akan menjadi racun kepada badan. Bukan tu je, buah pinggang dapat mengurus baki cecair dengan mengeluarkan lebihan air sebagai air kencing sambil mengekalkan jumlah air yang diperlukan dalam tubuh. Apabila  ia gagal, keupayaan mengeluarkan lebihan air tak dapat dilakukan. Lebihan air di dalam badan inilah yang boleh menyebabkan pembengkakan badan. 

Apa akan jadi jika buah pinggang kita gagal untuk berfungsi dengan baik? Salah satu impak negatif yang boleh jadi adalah kita akan mengalami kualiti hidup yang rendah dan kurang memuaskan kerana tidak dapat berfungsi secara normal dalam melaksanakan aktiviti harian. Hal ini adalah disebabkan oleh perubahan-perubahan dari segi aspek emosi, fizikal, sosial serta sosio ekonomi yang berlaku akibat penyakit dan rawatan yang perlu dijalani. Apabila perubahan ini berlaku,  kita akan memerlukan rehat yang banyak serta mengikuti rawatan yang berkala. Situasi ini pastinya akan mewujudkan batasan kepada aktiviti sosial dan fizikal harian kita.

Kegagalan fungsi buah pinggang tidak akan berlaku dengan cepat. Selalunya, kegagalan buah pinggang hanya dapat dilihat setelah ia telah lama berlaku. Antara penyebab masalah buah pinggang yang biasa terjadi adalah disebabkan oleh penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes. Jadi adalah sangat penting bagi kita untuk menjaga tahap kesihatan diri dan mengawal pemakanan. 

Terdapat juga mitos yang mengatakan bahwa ubatan tradisional menyumbang kepada sakit buah pinggang. Akan tetapi, tumbuhan yang mengubati penyakit yang berkait dengan sakit buah pinggang sering digunakan dalam perubatan tradisional. Antara tumbuhan yang terbukti berkesan adalah Tongkat Ali. Tongkat Ali mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Bukan tu je, satu kajian telah dijalankan  ke atas ekstrak Tongkat Ali telah terbukti dapat mengurangkan sisa toksin dalam badan. Hasil kajian ini juga membuktikan bahawa Tongkat Ali adalah selamat untuk dimakan serta dapat kurangkan kesan ubat-ubatan yang mengeluarkan toksin ke dalam badan. 

Jadi janganlah kita mengambil ringan pasal kesihatan buah pinggang kita ni. Memang kita ada dua, tapi kita perlukan dua dua buah pinggang untuk menapis dan memastikan sistem dalam badan berfungsi dengan baik supaya kesihatan dalaman kita sentiasa berada pada tahap yang optimum.