Keletihan pandemik dipengaruhi oleh persekitaran budaya, sosial, struktur dan undang-undang. Ianya berlaku bila masyarakat rasa tak minat atau terbeban untuk ikut langkah-langkah yang disyorkan bagi melindungi diri dan persekitaran daripada virus. 


Satu kajian terkini di Turki mendapati bahawa 64.1% dari 3672 orang mengalami keletihan pandemik secara fizikal dan mental. Disebabkan pengasingan diri dan sosial  akibat pandemik Covid-19, ia telah mempengaruhi kesejahteraan fizikal dan mental kebanyakan masyarakat di seluruh dunia. Hal ini boleh mengakibatkan kegelisahan, kesusahan, pengasingan diri dan kekurangan pergerakan fizikal terhadap seseorang itu. Warga emas juga tidak terkecuali kerana pandemik ini secara tidak langsung meningkatkan lagi kecenderungan untuk mereka mengalami kemurungan kerana tidak dapat bertemu dengan anak dan cucu yang tinggal berjauhan. Berdasarkan pakar, gejala kemurungan dalam kalangan warga emas perlu diambil serius supaya mereka boleh menikmati usia senja secara positif dan produktif. 


Untuk mengurangkan keletihan pandemik, kita perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti makan makanan yang seimbang, menghadkan pengambilan gula, tidak merokok dan sentiasa melakukan aktiviti senaman agar kesejahteraan fizikal dan mental kita terjaga. 


Salah satu cara lain yang boleh bantu mengurangkan keletihan pandemik adalah dengan mengambil bahan yang boleh bekalkan tenaga dalam badan. Antara bahan yang memberi tenaga yang disyorkan oleh pakar adalah ekstrak Tongkat Ali. Ekstrak Tongkat Ali secara amnya dapat meningkatkan dopamine dalam badan. Bila kita ada tahap dopamine yang sihat dalam badan, ia akan membantu kita berasa lebih seronok dan gembira. Kadar motivasi, produktiviti, fokus dan semangat juga dapat ditingkatkan jika tahap dopamine dalam badan bertambah. Perkara ini telah dibuktikan oleh hasil kajian Ezzat et al. (2019) di mana ia menunjukkan aktiviti dopamine dalam otak meningkat dengan pengambilan Tongkat Ali. Hasil kajian ini juga membuktikan pengambilan Tongkat Ali boleh mengurangkan tekanan mental dan kekurangan motivasi jika menghadapi masalah  keletihan pandemik ini. 


Sebagai konklusi, kita haruslah bertanggungjawab untuk menjaga diri kita secara mental dan fizikal bagi kesejahteraan hidup. Badan dan mental yang sihat boleh menjamin kehidupan yang bahagia! Jom jadikan usia emas sebagai tempoh usia terbaik dalam hidup kita.