Ramai yang menganggap Zaman Ketiga sebagai "tahun keemasan”. Ia biasanya didefinisikan sebagai tempoh antara persaraan dan bermulanya masalah fizikal, emosi dan kognitif yang berkait rapat dengan usia, dan kebiasaannya dari umur 65 hingga 80 tahun. Sebenarnya, kecantikan tidak akan berkurangan walaupun dah mencecah usia emas. Kecantikan masa muda adalah berbeza daripada kecantikan yang datang dengan usia dan pengalaman. Apabila kita semakin tua, kita mengembangkan rasa kecantikan yang lebih mendalam, yang terpancar dari dalam.. Ia adalah jenis kecantikan yang lebih tulen dan boleh dilihat melalui pengalaman kehidupan.
Ada 3 sebab kenapa usia emas boleh jadikan anda lebih bahagia dan patut anda hargai:
- Mengurangkan ingatan negatif. Kita mempunyai kecenderungan untuk mengimbas kembali pengalaman yang seronok dan mengabaikan pengalaman yang tidak menyenangkan. Sememangnya tak ada manfaatu pun untuk kita memfokuskan kepada perkara buruk yang dah lepas. Memang cakap lagi senang dari buat tapi apabila kita semakin tua, kita ada lebih banyak kenangan untuk dipilih, jadi kita boleh memilih untuk memberi tumpuan kepada kenangan yang baik dan menggembirakan.
- Lebih mementingkan tahap kesihatan. Kita tidak mempunyai pilihan selain memakan makanan yang sihat dan beraktiviti secara berkala demi menjaga kesihatan diri yang lebih cenderung untuk menurun jika tidak dijaga.
- Amalkan refleksi diri. Kita perlu memanfaatkan masa yang ada kerana ianya terhad. Dengan pemikiran macam ni, perkara-perkara indah akan lebih menonjol. Kita tak nak melakukan kesilapan atau ulangi kesalahan yang sama seperti yang pernah kita lakukan.
Sebagai warga senior, jika anda tak amalkan gaya hidup bersesuaian dengan umur, maka anda boleh terdedah kepada kesan tertentu seperti:
- Masalah pendengaran
- Katarak dan keralatan
- Sakit tengkuk dan belakang
- Osteoartritis
- Penyakit pulmonari obstruktif kronik
- Kencing manis
- Kemurungan
- Demensia
Sebab tu penting bagi warga senior untuk tahu bagaimana menangani penuaan dengan sihat. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil:
- Makanan seimbang
- Kerop melakukan aktiviti fizikal
- Pemeriksaan kesihatan berkala di klinik/ hospital
- Mendapatkan tidur yang cukup
- Latihan ingatan
Umur hanyalah nombor. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kita boleh pilih untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna dan sihat.