Kekuatan minda adalah salah satu faktor penting untuk menjalani kehidupan yang sihat dan berkualiti. BIla dah mula cecah usia senior, makin ramai rasa bimbang jika mereka akan mula hilang memori serta keupayaan berfikir secara conscious. Lebih menakutkan jika ini makin bertambah buruk hingga mengalami demensia atau Alzheimer. 

Menurut kajian global, pakar telah membuktikan bahawa gaya hidup sihat dapat membantu menurunkan risiko anda mengalami penurunan daya pemikiran dan demensia. Teruskan baca kalau nak tahu 3 cara mudah untuk tajamkan minda dan elak penyakit-penyakit ini!

Makan Sihat, Minda Kuat

Bukan lagi rahsia dah, kita semua tahu pemakanan yang sihat ada pelbagai manfaat untuk kesihatan seperti mencegah diabetes, penyakit jantung, dan kanser. Tetapi masih ramai yang tak sedar manfaat pemakanan yang sihat kepada kesihatan minda kita. Contohnya, salmon mengandungi asid lemak Omega-3 yang berfungsi sebagai defense otak. Yang minat minum teh, green tea dapat tingkatkan tahap fokus dan kurangkan risiko penyakit Alzheimer kerana ia kaya dengan antioksidan. Buah blueberry pula boleh menambah baik hubungan sel otak dan melambatkan proses kehilangan ingatan jangka pendek. Start hari ini, cuba rancang daily meal anda dan lengkapkan dengan makanan yang boleh bantu kekalkan kekuatan minda.

Rajin Baca, Minda Terangsang 

Tahukah anda bahawa dengan membaca dan menulis secara kerap pada usia emas dapat mengurangkan kadar penurunan ingatan sebanyak 32%? Stimulasi minda kita semasa membaca boleh membantu melindungi ingatan dan meningkatkan kemahiran berfikir.Agak menyedihkan sebab pada era teknologi ini, ramai dah mula kurang membaca sebab lebih banyak masa diluangkan di laman media sosial. Satu kajian menunjukkan penggunaan gajet seperti smartphone selama 5 minit boleh menyebabkan gangguan memori yang ketara pada manusia. Jika anda sayangkan minda anda, cubalah bina tabiat membaca secara harian. Anda boleh mulakan dengan 15 minit sehari dan seterusnya tambahkan lagi masa mengikut keselesaan anda.

Pelajari Hobi Baru, Minda Kekal Aktif

Kita selalu dengar, ilmu tiada batas umur kan? Begitu juga dengan hobi atau aktiviti yang kita minat. Banyak perkara yang kita suka tapi tak dapat nak buat masa usia muda. Bila dah masuk usia emas inilah kita boleh lakukan perkara yang kita tak sempat nak buat dulu. Jangan jadikan usia sebagai penghalang! Anda juga boleh mempelajari skil atau kursus baru yang boleh menajamkan minda anda. Peningkatan aktiviti mental dapat merangsang pertumbuhan sel otak baru walaupun pada usia emas, dan t bantu melindungi diri dari penurunan daya pemikiran. Bunyi macam menarik kan? Jom senaraikan minat dan aktiviti baru yang anda nak cuba dan buat secara konsisten. Gerenti tak menyesal!


Harapnya tip-tip diatas memberi manfaat kepada dan diamalkan supaya dapat menajamkan minda anda pada usia emas ini. Sentiasa cari idea unik yang dapat merangsang stimulasi otak untuk kekal fokus. Jangan give up, pecahkan stereotaip dan selamat mencuba!