Kehidupan yang semakin berumur mempunyai pelbagai kemungkinan untuk warga senior dan keluarga mereka, serta masyarakat secara keseluruhan. Tahun- tahun di usia emas membolehkan anda meneroka minat baharu seperti pendidikan tinggi, pekerjaan lain atau hobi yang telah lama diabaikan. Individu yang lebih tua menyumbang kepada keluarga dan komuniti mereka dalam pelbagai cara. Walau bagaimanapun, skop kemungkinan dan sumbangan ini sebahagian besarnya ditentukan oleh satu faktor iaitu kesihatan. Sebab itulah penting untuk warga emas mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan dalam jangka masa panjang.
Tapi, kita sedih apabila mengetahui bahawa golongan minoriti warga emas menderita akibat perkhidmatan kesihatan yang tidak dapat diakses. Ini kerana kelayakan mereka untuk menerima layanan yang sama seperti penduduk lain berbeza. Mereka terpinggir dan dibeban dengan perbelanjaan yang luar biasa. mereka juga tidak mempunyai doktor persendirian yang boleh selalu melakukan pemeriksaan kepada mereka. Mereka tiada masa untuk menjaga diri dan sibuk menjaga orang lain seperti menjaga pasangan atau cucu. Lagi-lagi senior yang berada di kawasan luar bandar, ianya sukar untuk mencari pengangkutan ke bandar dan mereka sentiasa bimbang tentang kos bil. Tanggungjawab kerja pun mendorong mereka untuk mengabaikan kesihatan mereka dan mereka takut doktor akan melakukan ujian yang mereka tidak perlukan dan meningkatkan bil. Mereka juga takut doktor akan menemui penyakit serius yang tidak boleh diubati yang boleh menjejaskan mata pencarian dan mendapat doktor yang tidak responsif terhadap kebimbangan mereka.
Jika ini berlarutan, ia boleh membawa kesan yang buruk kepada minoriti warga emas ini:
- Peningkatan kadar kematian dan hilang upaya
- Kurang langkah pencegahan
- Kehilangan mata pencarian
Senior minoriti ini sepatutnya dapat hak perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya, sama seperti penduduk yang lain. Kita mesti menangani isu-isu seperti kesihatan getriatik, kematian, kekurangan zat makanan dan penyakit tidak berjangkit, yang kesemuanya boleh ditangani melalui penjagaan kesihatan kos rendah berkualiti tinggi yang disediakan di bawah perlindungan kesihatan sejagat. Warga emas mesti diberi perkhidmatan yang mereka perlukan untuk menjaga kesihatan mereka sendiri. Contohnya, pemeriksaan geriatric percuma dan pemeriksaan bulanan dengan doktor tertentu.
Warga emas memainkan peranan penting dalam komuniti kita. Mereka bertanggungjawab menjaga aktiviti rumah tangga, membimbing ahli keluarga, memberi kaunseling, menyediakan keselamatan, sosialisasi, menjadi pengantara dan menyediakan sokongan kewangan adalah peranan utama yang dimainkan oleh warga emas.