Ramai ingat bila dah berumur ni buat apa masih nak pentingkan hubungan intim bersama pasangan kan? Tapi ianya masih penting dan memberi manfaat kepada kesihatan walaupun dah di usia emas. Kajian mendapati bahawa pasangan yang mengekalkan hubungan intim mampu hidup lebih lama dan sihat. Stres juga dapat dikurangkan dan kekal bahagia bersama.
Terdapat beberapa cara untuk pasangan intimkan lagi hubungan walaupun sudah berusia. Antara cara yang boleh dilakukan oleh pasangan adalah:
- Menerima pasangan seadanya
Segala perubahan fizikal yang berlaku kepada pasangan haruslah diterima dan kita harus sedar bahawa perubahan-perubahan yang berlaku merupakan perkara yang normal di usia emas. Kita pun kena selalu berpikiran terbuka. Hubungan intim tak semestinya hanya terhad kepada hubungan seks semata-mata. Ia juga bermaksud sentuhan, kucupan dan pelukan antara pasangan.
- Mengamalkan diet yang sihat dan seimbang
Amalan diet yang sihat dan seimbang boleh mengelak diri kita dari mendapat sebarang penyakit kronik atau obesiti. Penyakit-penyakit yang berbahaya ini boleh merendahkan kemampuan dan kemahuan untuk bersama.
- Membuang tabiat buruk
Kita pun kena buang segala tabiat buruk macam merokok atau minum alkohol sebab perkara-perkara ini boleh mengganggu emosi. Last sekali, kita mestilah sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain. Komunikasi ni sangat membantu kita untuk memahami kehendak dan masalah pasangan kita. Dengan adanya komunikasi antara satu sama lain, miscommunication pun boleh dielak jadi takdalah banyak gaduh.
So jangan la ingat bila dah berusia ni dah tak perlu bermesra dengan pasangan macam dulu. Bak kata pepatah, hidup mesti enjoy!